Posts

FROM JAHILIAH TO TARBIAH (Part 2)

Apa itu Tarbiah? Tar + biah = Tarbiah? Dr. Ali Abdul Halim Mahmud dalam artiklenya mengatakan tarbiah adalah satu didikan yang membawa hamba ke jalan yang lebih baik dari sebelumnya secara langsung mahupun tidak langsung. Dan ia bermula dengan usrah. Dari sekecil-kecil kumpulan usrah inilah menjadi aras keberjayaan institusi ummah. Dari sekecil-kecil pengorbanan membawa kepada besarnya impak pembangunan pemantapan jati diri insan. Usah pandang sebelah mata, pandanglah dengan kedua belah mata. Bukalah seluas-luasnya. Kita inilah penyambung generasi Islam akan datang. Akhawat ku sayang kalau bukan kita yang melahirkan zuriat siapa lagi? Semoga generasi kita terdidik dengan didikan dari ibunya yang bertaqwa dan berilmu. InshaaAllah.

FROM JAHILIAH TO TARBIYAH (Part 1)

Image
Bermulalah hijrah saya pada tahun ini. Hijrah ke mana? Hijrah ke sekolah asrama. Sebuah sekolah yang saya tidak pasti untuk jejak ke dalamnya. Kena kuatkan juga semangat demi ibu ayah. Terlalu banyak pengorbanan mereka. Tawakaltu’allah. Selepas selesai segala urusan pertukaran borang, dokumen dan sebagainya terpajaklah tubuh marhean ini di hapadan asrama hijau. Asrama atau dominator di sini dicat dengan berlainan warna. Semua pelajar tingkatan satu akan di masukkan ke asrama Hijau. Nak dibandingkan dengan lima asrama yang lain, asrama Hijau lah yang paling suci sebab warna syurga. Eh? Ke sebab saya adalah salah seorang penghuninya? Haha.   Yang sebetulnya adalah kerana penghuninya semua masih baru. Baru disini adalah dari segi umur yang masih muda ketika. Tidak lah berdosa sangat. Eh? Alhamdulillah hari demi hari saya dapat membiasakan diri dengan persekitaran di sini. Tapi ia bukan lah sesuatu yang mudah. Mana tidaknya setiap hari kena bangun seawal 5.00 pagi. Kena ada di

Keberkatan

Bismillah Assalamualaikum.  Selamat pagi bakal bakal jenazah sekalian. Kaifa hal? Moga sihat wal-afiat dihindari dari kejahatan sekalian alam. Isu hari ini jom kita bincang mengenai keberkatan. Apa itu berkat? Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu “ BARAKAH ~ بركة “ . Dan perkerjaan “ mengambil berkat “ pula dikenali sebagai “ TABARRUK ~ تبرك “. Sudah tentulah “ berkat “ yang ditanya itu bukannya “ berkat @ barakat “ sebagai mana yang difahami oleh masyarakat Jawa, iaitu “ nasi kenduri yang dibawa pulang sebagai bekalan “. Oleh itu “ berkat “ ini ialah : BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH & BERKEMBANG . Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai : البركة : ثبوت الخير الإلهي في الشيء Ertinya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “. Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah Ta’ala dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “. Contoh-con

Jihad Fisablillah

Memoir semalam Bergetar hati mendengar perkongsian sahabat Kata dia "Jihad fisabilillah ini jauh lebih besar maknanya" Apakah makna jihad fisabilillah yang aku fahami selama ini Adakah sekadar belajar bersungguh sungguh, naik pentas kerana dekan? tolong mak ayah, berkorban demi adik adik? bantu sahabat yang memerlukan? ....... Allahu. Belum cukup sayang. Masih belum. Tak kan pernah cukup Makna 'dia' jauh lebih lagi Terbayang akan ku bagaimana perihnya darah mengalir dari tubuh para nabi, para sahabat demi Allah semata. Allahu. Aku senang kini Selalu lupa akan tenatnya umat jagat "Seorang yang dimana dia menangis dalam solatnya, lalu di tegur sahabat nya. Apa yang kamu lakukan itu hanyalah sia sia belaka." Kenapa? Kerana... Dia tidak masuk dalam masyarakat Mendidik umat Sedang dirinya dekat dengan TuhanNya Dia membiarkan yang lain tercungap2 memerlukan udara Sungguh tanggungjawab sebagai khalifah itu bukan sekadar di atas tikar sejadah

Be Brave & Be Kind

Image
Andaikan diriku bisa Seperti yang lain Yang Kau sayang Yang Kau rindukan Yang Kau cintai Aku lemah tanpaMu aku lelah Aku sungguh tak berdaya Tolongku Tolongku Yaa Allah Setiap air mataku mengalir Allah aku lemah dan tak berarti Setiap derai tangis membasahi Allah jangan tinggalkan aku lagi Aku sayang Allah Aku rindu Allah Aku Cinta Allah [Aku Cinta Allah, Wali Band]

Adakah aku sudah cukup membahagiakan Allah?

Image
Assalaumalaikum ya rijal wa mar'ah! Apa khabar iman syabab semua? *flip spec *** Berlalunya masa tanpa pernah sekali menunggu. Sukanya saya bercerita mengenai ujian kita di dunia. Ya ujian! Selalulah beringat apa jua yang datang semuaNya dari Allah. Kalau dari Allah, masakan perkara itu buruk untuk kita. Kita manusia selalu jatuh dalam ujian.  "Ishhhh susahnya" "Ahhhh panas arrr!" "Tension! Tension! Aku stress"  Allahu. Istighfar. Manusia mana yang tidak stress bila exam, quiz, test tak dapat jawab kan haha. Ok tak kelakar. Dari merungut kan lebih baik istighfar, Orang kat sebelah pun tenang ja tengok. Nak tolong pun dia tak takut. Bukan? InshaaAllah usah kita merungut dengan ujian Allah. .  Harta bertimbun timbun itu mungkin ujian dari dia. Nampak luaran tersenyum manis, dalam Allah sahaja Yang Tahu. Makanya, jangan sesekali kita menganggap mereka yang kurang dari kita itu susah, tidak mendapat rahmat dar

Yang Mana Satu?

Image
Assalamualaikum Moga semuanya berada dalam rahmat juga kasih sayangNya. Apa khabar iman? Alhamdulillah aku di sini baik baik sahaja. Iman ku naik turun tanpa pernah henti. Tiga gologan insan yang diajar guru ku suatu hari dahulu :- -Pertama :  Gologan yang hidup hanya untuk dirinya sendiri. Tidak endah akan sekeliling. Terperangkap dalam dunianya sendiri. -Kedua : Golongan yang tersekat antara dunia dan akhirat. Rasa cukup dengan apa yang dia lakukan. Rasa solat, puasa, dan ibadah wajib yang lain sudah sempurna. Waima amalan tersebut belum tentu di terima. -Ketiga : Golongan yang menganggap dunia adalah ladang akhirat. Di ibaratkan seperti peladang yang menyemai tanaman. Sabar menunggu hasil tanamannya. Berusaha memastikan tanaman itu berbunga. Berusaha menghasilkan tanaman yang berkualiti. Akhirnya bercambah menjadi tanaman yang bermanfaat pada orang lain. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai