Jihad Fisablillah
Bergetar hati mendengar perkongsian sahabat
Kata dia "Jihad fisabilillah ini jauh lebih besar maknanya"
Apakah makna jihad fisabilillah yang aku fahami selama ini
Adakah sekadar belajar bersungguh sungguh, naik pentas kerana dekan? tolong mak ayah, berkorban demi adik adik? bantu sahabat yang memerlukan? .......
Allahu. Belum cukup sayang. Masih belum. Tak kan pernah cukup
Makna 'dia' jauh lebih lagi
Terbayang akan ku bagaimana perihnya darah mengalir dari tubuh para nabi, para sahabat demi Allah semata. Allahu.
Aku senang kini
Selalu lupa akan tenatnya umat jagat
"Seorang yang dimana dia menangis dalam solatnya, lalu di tegur sahabat nya. Apa yang kamu lakukan itu hanyalah sia sia belaka."
Kenapa?
Kerana...
Dia tidak masuk dalam masyarakat
Mendidik umat
Sedang dirinya dekat dengan TuhanNya
Dia membiarkan yang lain tercungap2 memerlukan udara
Sungguh tanggungjawab sebagai khalifah itu bukan sekadar di atas tikar sejadah sayang
Tanggungjawab itu berat. Sungguh. Benar.
Kerana syurga itu tidak mudah untuk digapai
Alhamdulillah. Syukur atas izin Dia aku mendengar bicara sahabat semalam. Masanya aku bangun dari terus terlena.
Entah kenapa aku terbayang saat Rasulullah saw dan para sahabat yang dikasihi baginda sedang duduk bersama.
Mendengar cerita dari baginda.
Indahnya.
AllahuRabb.
.
.
.
Salam 'Jihad Fisabilillah'