Yang Mana Satu?
Assalamualaikum
Moga semuanya berada dalam rahmat juga kasih sayangNya. Apa khabar iman? Alhamdulillah aku di sini baik baik sahaja. Iman ku naik turun tanpa pernah henti. Tiga gologan insan yang diajar guru ku suatu hari dahulu :-
-Pertama :
Gologan yang hidup hanya untuk dirinya sendiri. Tidak endah akan sekeliling. Terperangkap dalam dunianya sendiri.
-Kedua :
Golongan yang tersekat antara dunia dan akhirat. Rasa cukup dengan apa yang dia lakukan. Rasa solat, puasa, dan ibadah wajib yang lain sudah sempurna. Waima amalan tersebut belum tentu di terima.
-Ketiga :
Golongan yang menganggap dunia adalah ladang akhirat. Di ibaratkan seperti peladang yang menyemai tanaman. Sabar menunggu hasil tanamannya. Berusaha memastikan tanaman itu berbunga. Berusaha menghasilkan tanaman yang berkualiti. Akhirnya bercambah menjadi tanaman yang bermanfaat pada orang lain.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(At-Taubah 9:38)
Golongan manakah aku? Tepuk dahi, tanya hati
Wallahu'alam.