Adakah aku sudah cukup membahagiakan Allah?




Assalaumalaikum ya rijal wa mar'ah! Apa khabar iman syabab semua? *flip spec

***

Berlalunya masa tanpa pernah sekali menunggu. Sukanya saya bercerita mengenai ujian kita di dunia. Ya ujian! Selalulah beringat apa jua yang datang semuaNya dari Allah. Kalau dari Allah, masakan perkara itu buruk untuk kita. Kita manusia selalu jatuh dalam ujian. 

"Ishhhh susahnya" "Ahhhh panas arrr!" "Tension! Tension! Aku stress" 

Allahu. Istighfar. Manusia mana yang tidak stress bila exam, quiz, test tak dapat jawab kan haha. Ok tak kelakar. Dari merungut kan lebih baik istighfar, Orang kat sebelah pun tenang ja tengok. Nak tolong pun dia tak takut. Bukan? InshaaAllah usah kita merungut dengan ujian Allah. . 

Harta bertimbun timbun itu mungkin ujian dari dia. Nampak luaran tersenyum manis, dalam Allah sahaja Yang Tahu. Makanya, jangan sesekali kita menganggap mereka yang kurang dari kita itu susah, tidak mendapat rahmat dari Allah dan sebagaimana. Kita tak tahu mungkin dia yang Allah lebih sayang. Mungkin dia yang Rasulullah saw akan pimpin ke syurga bersama. Yang tak habis habis nak judge orang ni dah kenapa? (eh marah pulak...istighfar :) )

Tanya balik pada diri sendiri. Adakah aku sudah cukup membahagiakan Allah hari ini? Adakah Allah redha dengan apa yang aku buat hari ini?

***

Ayuh kita syukuri setiap detik hidup ini. Menuju matlamat tertinggi, syurga Firdausi. 

Popular posts from this blog

Ya Allah Selamatkan Agamaku...

Jihad Fisablillah

Yang Mana Satu?