FROM JAHILIAH TO TARBIYAH (Part 1)
Bermulalah hijrah saya pada
tahun ini. Hijrah ke mana? Hijrah ke sekolah asrama. Sebuah sekolah yang saya tidak
pasti untuk jejak ke dalamnya. Kena kuatkan juga semangat demi ibu ayah.
Terlalu banyak pengorbanan mereka. Tawakaltu’allah. Selepas selesai segala
urusan pertukaran borang, dokumen dan sebagainya terpajaklah tubuh marhean ini
di hapadan asrama hijau. Asrama atau dominator di sini dicat dengan berlainan
warna. Semua pelajar tingkatan satu akan di masukkan ke asrama Hijau. Nak
dibandingkan dengan lima asrama yang lain, asrama Hijau lah yang paling suci sebab
warna syurga. Eh? Ke sebab saya adalah salah seorang penghuninya? Haha. Yang sebetulnya adalah kerana penghuninya
semua masih baru. Baru disini adalah dari segi umur yang masih muda ketika.
Tidak lah berdosa sangat. Eh?
Alhamdulillah
hari demi hari saya dapat membiasakan diri dengan persekitaran di sini. Tapi ia
bukan lah sesuatu yang mudah. Mana tidaknya setiap hari kena bangun seawal 5.00
pagi. Kena ada di surau pukul 5.30pagi, bacaan al-mathurat setiap pagi dan
petang, basuh baju sendiri, hafal surah-surah pilihan dan banyak lagi perkara
yang saya tak pernah buat kena buat di sini. Sungguh perlunya kesabaran yang
menebal dalam diri. Tarbiah ini bukanlah suatu beban akhawat ku sayang tapi
satu didikan bahkan satu sunnah Rasulullah saw. Bersyukurlah kita yang dekat
dengan tarbiah sedang mereka di luar sana mencari-cari tarbiah.
bersambung....