Posts

Showing posts from December, 2015

FROM JAHILIAH TO TARBIAH (Part 2)

Apa itu Tarbiah? Tar + biah = Tarbiah? Dr. Ali Abdul Halim Mahmud dalam artiklenya mengatakan tarbiah adalah satu didikan yang membawa hamba ke jalan yang lebih baik dari sebelumnya secara langsung mahupun tidak langsung. Dan ia bermula dengan usrah. Dari sekecil-kecil kumpulan usrah inilah menjadi aras keberjayaan institusi ummah. Dari sekecil-kecil pengorbanan membawa kepada besarnya impak pembangunan pemantapan jati diri insan. Usah pandang sebelah mata, pandanglah dengan kedua belah mata. Bukalah seluas-luasnya. Kita inilah penyambung generasi Islam akan datang. Akhawat ku sayang kalau bukan kita yang melahirkan zuriat siapa lagi? Semoga generasi kita terdidik dengan didikan dari ibunya yang bertaqwa dan berilmu. InshaaAllah.

FROM JAHILIAH TO TARBIYAH (Part 1)

Image
Bermulalah hijrah saya pada tahun ini. Hijrah ke mana? Hijrah ke sekolah asrama. Sebuah sekolah yang saya tidak pasti untuk jejak ke dalamnya. Kena kuatkan juga semangat demi ibu ayah. Terlalu banyak pengorbanan mereka. Tawakaltu’allah. Selepas selesai segala urusan pertukaran borang, dokumen dan sebagainya terpajaklah tubuh marhean ini di hapadan asrama hijau. Asrama atau dominator di sini dicat dengan berlainan warna. Semua pelajar tingkatan satu akan di masukkan ke asrama Hijau. Nak dibandingkan dengan lima asrama yang lain, asrama Hijau lah yang paling suci sebab warna syurga. Eh? Ke sebab saya adalah salah seorang penghuninya? Haha.   Yang sebetulnya adalah kerana penghuninya semua masih baru. Baru disini adalah dari segi umur yang masih muda ketika. Tidak lah berdosa sangat. Eh? Alhamdulillah hari demi hari saya dapat membiasakan diri dengan persekitaran di sini. Tapi ia bukan lah sesuatu yang mudah. Mana tidaknya setiap hari kena bangun seawal 5.00 pagi. Kena ada...