Keberkatan
Bismillah Assalamualaikum. Selamat pagi bakal bakal jenazah sekalian. Kaifa hal? Moga sihat wal-afiat dihindari dari kejahatan sekalian alam. Isu hari ini jom kita bincang mengenai keberkatan. Apa itu berkat? Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu “ BARAKAH ~ بركة “ . Dan perkerjaan “ mengambil berkat “ pula dikenali sebagai “ TABARRUK ~ تبرك “. Sudah tentulah “ berkat “ yang ditanya itu bukannya “ berkat @ barakat “ sebagai mana yang difahami oleh masyarakat Jawa, iaitu “ nasi kenduri yang dibawa pulang sebagai bekalan “. Oleh itu “ berkat “ ini ialah : BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH & BERKEMBANG . Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai : البركة : ثبوت الخير الإلهي في الشيء Ertinya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “. Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah Ta’ala dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “. C...