Posts

Showing posts from 2014

Yang Mana Satu?

Image
Assalamualaikum Moga semuanya berada dalam rahmat juga kasih sayangNya. Apa khabar iman? Alhamdulillah aku di sini baik baik sahaja. Iman ku naik turun tanpa pernah henti. Tiga gologan insan yang diajar guru ku suatu hari dahulu :- -Pertama :  Gologan yang hidup hanya untuk dirinya sendiri. Tidak endah akan sekeliling. Terperangkap dalam dunianya sendiri. -Kedua : Golongan yang tersekat antara dunia dan akhirat. Rasa cukup dengan apa yang dia lakukan. Rasa solat, puasa, dan ibadah wajib yang lain sudah sempurna. Waima amalan tersebut belum tentu di terima. -Ketiga : Golongan yang menganggap dunia adalah ladang akhirat. Di ibaratkan seperti peladang yang menyemai tanaman. Sabar menunggu hasil tanamannya. Berusaha memastikan tanaman itu berbunga. Berusaha menghasilkan tanaman yang berkualiti. Akhirnya bercambah menjadi tanaman yang bermanfaat pada orang lain. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai...

Senyum tak perlu kata apa apa

Image
Dalam mencari erti sahabat... Ada saja terselit ujian di sana sini... Kerana Allah lebih Mengetahui... Buka hati, berlapang dada... Segalanya untuk kebaikan... Selami hikmah pengembaraan kehidupan yang Dia beri...

A bunch of appreciation

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. A beautiful Friday. Praise to Allah The All Mighty for giving us to fell the pleasent of Islam. Salam sayyidul ayyam. Its been almost a month I discover what Comptia A+ is all about. And its really statisfying. Alhamdulillah. I finally received my final exam result. Praise Him. I passed! Overall it's not all about grades but to gain barakah is what means more. For the passed two years I learnt a lot. Allahuakbar.  Thank you Allah. Can't describe it with words. Subhanallah. I want to give my full gratitude and appreciation to Mrs.Rudi and Mr.Rudi (parents) Thank you for everything. Without your I will not be as who I am now. Special thanks to all my lecturers, trainers, fasilitators and sahabah who never give up in giving your support and motivation. May Allah bless you all. My love will always be with you. Semester 5 is going to be more challenging! Can't wait. Biiznillah. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumka...

La Tahzan

Image
Sudah cukup hujan membasahi, datang pula batu bertubi tubi. Allahu. Peritnya. Sakitnya. Sabar lah duhai hati. Allah ingin melihat setinggi mana iman mu. Teruskan mengukir senyuman dibibir. Manisnya :') Macam macam ujian Allah limpahi. Ujian dalam alam perkahwinan. ujian dalam bersahabat, ujian dalam menimba ilmu, sebenarnya setiap gerak geri kehidupan adalah ujian. Dalam gembira pun ada ujiannya. Maka sentiasalah beringat. Dunia bukan tempat mencari habuan. Sebaliknya untuk mencari keredhaan. Aturan Allah itu Maha Hebat! Segalanya telah diatur oleh Nya dengan begitu halus dan teliti. La Tahzan. Innallaha ma'ana. InshaaAllah. Mari mencari cinta hakiki. Cinta yang abadi. Kekal disanubari. Kelak di anugerah syafaat Nya yang dinanti nanti. Ameen. 

Aku Allah Yang Punya

Image
(Subhanallah ulama. Ya Allah sinari ilmu mereka pada kami walau roh mereka bakal Engkau tarik suatu hari nanti ) Assalamualaikum, Yang muncul pasti akan kembali pada Azali, Kerana itu semua hak Tuhan yang Maha Memiliki, Hakikat itu memang kelat di telan jiwa dan sanubari, Hanya yang sabar akan merasai manisnya  nikmat yang di beri Merasai kehilangan sesuatu apatah lagi orang atau benda yang kita sayang memang sangat susah nak terima melainkan ada satu rasa. Rasa kembali. Rasa segala apa yang kita miliki ini Allah punya. InshaaAllahh pasti tenang jiwa raga. Lapangkan dada. Biiznillah akan Allah gantikan yang hilang itu dengan sesuatu yang tidak di sangka sangka.