SEINDAH UKHUWAH KITA
Sahabat... Mungkin suatu saat aku dirundum gelisah, Saat peritnya menjalani liku-liku pancaroba, Engkau pembakar semangat tanpa noda, Engkau mengajar segalanya. Sahabat.. Perginya tiada ganti, Khabarkanlah duhai angin yang meliputi, Rindu ini menjadi saksi, Pertalian yang aku cintai. Sahabat... Maafkan aku kerana tidak membantu, Maafkan aku kerana jauh merindu, Maafkan aku kerana tidak berjuang bersamamu, Mungkin jarak ini yang menguatkan dikau dan aku. Sahabat... Akan ku ingat pesananmu, Akan ku genggam erat nasihatmu, Semoga senantiasa dihujani rahmatNya, Hanya doa ku kirim menemanimu bersama. -Khas buat Husna Ismail "Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan. Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya. Di dalam DOA nya.." (Imam Al Ghazali)