Posts

Showing posts from 2013

Zulhijjah menjelang kembali

Image
Assalamualaikum Bintang-bintang malam mula menerangi permaidani langit Illahi. Subhanallah. Hari ini hari kemenangan. Hari ini hari bersejarah. Hari ini hari kemuliaan. Hujan membasahi bumi di taman botani. Berkat dari Illahi. Alhamdulillah syukur aku masih lagi bernyawa insani. Merasai setiap detik detik ini. Kini tibanya bulan yang dinanti nanti, Zulhijjah 1434H. Salam Eidul-Adha ku ucapkan kepada seluruh umat Islam yang disayangi kerana Allahu Rabbi.  151013 2200

SEINDAH UKHUWAH KITA

Sahabat... Mungkin suatu saat aku dirundum gelisah, Saat peritnya menjalani liku-liku pancaroba, Engkau pembakar semangat tanpa noda, Engkau mengajar segalanya.  Sahabat.. Perginya tiada ganti, Khabarkanlah duhai angin yang meliputi, Rindu ini menjadi saksi, Pertalian yang aku cintai.  Sahabat... Maafkan aku kerana tidak membantu, Maafkan aku kerana jauh merindu, Maafkan aku kerana tidak berjuang bersamamu, Mungkin jarak ini yang menguatkan dikau dan aku.  Sahabat... Akan ku ingat pesananmu, Akan ku genggam erat nasihatmu, Semoga senantiasa dihujani rahmatNya, Hanya doa ku kirim menemanimu bersama. -Khas buat Husna Ismail "Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan.  Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya.  Di dalam DOA nya.."  (Imam Al Ghazali)